Thursday, July 5, 2007

Hari Keluarga Mesra Tebuk Mufrad

Hidup dikampung memang seronok dan penuh warna-warni kehidupan. Begitulah yang terjadi di kampung Tebuk Mufrad, Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. Pada 30 Jun hingga 2 Julai 2007 telah diadakan Program Mesra Rakyat. Banyak aktiviti diadakan antaranya ialah pertandingan nasyid, Marhaban, Kompang, Pertandingan Masakan dan kuih muih tradisional ( sedap-sedap tau.. ) Pertandingan hasil kampung seperti pisang tanduk, pisang berangan, pisang awak, kelapa sawit dan buah-buahanserta sayuran kampung. Pendek kata macam-macam ada.

Monday, June 4, 2007

3 Communication bariiies

1. 3 communication barriers can cause communication problems

a. Use of language
It can cause communication problem because lack of vocabulary for example one person using a very high vocabulary that cannot be understand by a person who is very poor vocabulary such as a lawyer with a farmer.

b. Clarity of message
The message could be miss understood because many obstacle such as dialect and deaf.

c. Atmosphere
It can cause communication problem because of the place is noisy such as at the workshop. Sometime when we a busy we cannot concentrate to what other people say.

2. We can progress the communication processes by using accurate, clear, short and meaningful words.

Ucapan Lintas Langsung Sukan Tahunan

UCAPAN PEMBUKAAN :

Selamat datang hadirin dan hadirat sekalian ke Temasya Sukan Dwi Tahunan Sek. Keb. Tebok Jawa Kali ke 21 Tahun 2007. Kedatangan para hadirin dan hadirat sekalian amat kami alu-alukan bagi menambahkan seri Sambutan Temasya Sukan pada kali ini.

Marilah kita bersama-sama menumpukan perhatian ke tengah padang sekarang untuk berlangsungnya acara Lintas hormat daripada kontigen –kontigen yang mengambil bahagian pada Temasya sukan pada kali ini iaitu Kontigen rumah kuning, rumah biru, rumah merah dan kontigen dari pra sekolah.

Untuk itu, dijemput dengan segala hormatnya, Tn. Hj. Lasuan b. Hj. Hassan untuk mengiringi YB. Tuan Abdul Rahman b. Bakri , Adun Sungai Air Tawar untuk menerima tabik hormat. Majlis mempersilakan.

Kontigen Temasya sukan kali ini di dahului oleh rumah Kuning yang juga dikenali sebagai Zuhal yang diketuai oleh Nah Qashri b. Ahmad Nah Rodzi . Kontigen ini terdiri daripada 57 pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 1 sehingga tahun 6.

Kontigen kedua ialah kontigen rumah Biru yang juga dikenali sebagai Neptune diketuai oleh Chairul Fahmi b. Saidun. Beliau membawa bersamanya kekuatan seramai 58 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 1 hingga tahun 6.

Segak bergaya diiringi Bunga Mangar dan dihiasi seramai 58 pelajar puteri dan puteri ialah kontigen rumah merah dan juga dikenali sebagai Marikh. Kontigen ini diketuai oleh Muhd. Rahmad b. Mohd. Rasid.

BACAAN IKRAR:

Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Matin Richardson b. Adri Richardon. Majlis mempersilakan.

BACAAN DOA:

Bagi memberkati Temasya Sukan kita pada pagi ini majlis menjemput En. Abdul Razak b. Bakri untuk memimpin bacaan Doa. Majlis mempersilakan.

UCAPAN PENGERUSI PELAKSANA:

Seterusnya majlis mempersilakan En. Saidun b. Abd. Samad Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Temasya Sukan kali ini untuk menyampaikan Ucapan. Majlis mempesilakan.